Kehidupan seharian kita tidak lari daripada mengadakan temujanji, mengingati tarikh tarikh penting seperti hari kelahiran pasangan dan sahabat handai dan juga tarikh tarikh luput lesen cukai jalan dan sebagainya. Cara yang terbaik adalah dengan merekodkan tarikh tarikh tersebut dalam kalendar. Google Calendar adalah satu aplikasi yang sesuai bagi tujuan ini. Selain merekodkan tarikh tarikh penting ini., Google Calendar juga boleh mengingatkat kita akan tarikh tarikh ini melalui emel mahupun sistem pesanan ringkas (SMS).
Sistem notifikasi Google Calendar ini tidak hanya terhad kepada pemilik kalendar sahaja. Ia juga dapat menghantar notifikasi kepada orang yang terlibat dalam acara atau temujanji yang telah dibuat. Sebagai contoh Encik Ahmad memasukkan tarikh dan masa temujanji dengan Encik Ali, Encik Ahmad boleh mengarahkan Google Calendar ini memberi notifikasi ini kepada Encik Ali mengikut masa yang ditetapkan.
Berikut adalah skrin untuk membuat satu temujanji :
- Ruangan "Add Guest" adalah untuk menambah orang yang terlibat dalam temujanji yang dibuat
- Ruangan "Reminder" adalah untuk mengarahkan Google Calendar untuk menghantar notifikasi, sama ada melalui SMS atau Email
- Tetamu yang dijemput melalui ruangan "Add Guest" akan menerima notifikasi melalui email dan RSVP juga akan disediakan. Tetamu boleh memberi maklumbalas sama ada dia akan dapat menghadiri temujanji/acara tersebut.

No comments:
Post a Comment