Friday, February 4, 2011

Google bukan sekadar enjin carian

Perkataan google sememangnya tidak asing lagi pada para pembaca dan pelayar pelayar internet semua. Bila anda mebaca post saya ini, saya pasti anda menemuinya link nya dari Google. Tapi tahukah anda? Selain daripada agen carian yang menakjubkan, google juga menyediakan pelbagai aplikasi lain yang berguna dan mudah untuk digunakan. Yang lebih penting ia adalah percuma!!

Berikut adalah antara perisian/aplikasi yang disediakan oleh pihak google kepada anda :

  • Calendar
    Mengatur jadual dan berkongsi acara dengan teman/rakan sekerja/rakan kelas dan lain lain

  • Docs
    Membuat
    dan berkongsi dokumen, persembahan, dan spreadsheet anda dalam talian


  • Gmail
    Aplikasi email yang laju dan mempunyai fungsi mencari yg hebat serta kurang spam

  • Groups
    Buat
    mailing list dan kumpulan perbincangan


  • Panoramio
    Melayar dan berkongsi gambar gambar dunia

  • Picasa
    Cari, edit dan berkongsi gambar

  • Picnik
    Edit gambar dengan mudah dan cepat serta menyeronokkan

  • SketchUp
    Membina model 3D dengan mudah dan cepat

  • Translate
    Memaparkan website mengikut bahasa yang anda suka dan faham


Dalam post saya yang akan datang saya akan cuba menerangkan dengan lebih terperinci setiap produk di atas serta cara terbaik menggunakannya.

No comments:

Post a Comment