"Web Application" atau terjemahannya Aplikasi Web adalah perisian yang menggunakan platform web sebagai perantaraan. Tidak seperti perisian atau aplikasi berasaskan desktop, aplikasi web memerlukan pelayar internet (Web Browser) sebagai antaramuka penggunanya dan ia tidak perlu di install di setiap PC (hanya pelu di install di server. Ia memerlukan webserver, pemproses scripting languange dan biasanya ia juga memerlukan database server. Contoh mudah aplikasi web ialah apa sahaja yang anda buka melalui browser anda di mana anda boleh member input pada aplikasi tersebut seperti forum, blog dan lain lain.
Untuk menggunakan Aplikasi web, tidak semestinya kita memerlukan internet atau intranet ia juga boleh di "run" kan secara stand alone PC namun begitu ia tetap menggunakan protokol http sebagai medium.
Terdapat banyak aplikasi web yang Open Source di luar sana yang menggunakan pelbagai bahasa pengturcaraan. Yang paling mudah dan percuma adalah yang menggunakan Apache sebagai webserver, PHP sebagai scripting language dan MySQL sebagai database server. Dalam post yang akan datang saya akan menceritakan bagaimana untuk anda boleh menggunakan atau meng install dan membangunkan web aplikasi anda sendiri menggunakan Apache,mySQL dan PHP.
No comments:
Post a Comment