Jika anda peminat movie anda tentu pernah melihat file *.mkv. Adakah anda tahu apa sebenarnya file mkv itu? Sebenarnya file mkv ini konsepnya sama seperti zip file di mana di dalamnya terdapat beberapa file yang diperlukan untuk memainkan video tersebut. Antara file standard yang ada di dalamnya adalah file video, file audio dan juga file idx dan sub untuk subtitle.
Kebanyakan software media player dapat membuka file mkv ini dan memaparkan subtitlenya jika ada. Namun bagi external player yang lain seperti Seagate Freeagent Teater, WD dan lain lain berkemungkinan tidak dapat memaparkan subtitle yang ada dalam mkv file tersebut. Untuk membolehkan anda memaparkan subtitle tersebut anda terlebih dahulu perlu extract file subtitle dalam mkv file tersebut dan menamakan file subtitle tersebut sama dengan nama mkv file itu. Sebagai contoh nama file mkv tersebut "labulabi.mkv", maka subtitlenya haruslah dinamakan "labulabi.srt".
Bagaimana untuk extract MKV file?
Software untuk extract MKV file (Percuma)
Ilmu untuk semua
Pelbagai ilmu untuk dikongsi bersama.
Wednesday, February 16, 2011
Thursday, February 10, 2011
Google : Fungsi ekstra dalam enjin carian Google
Terdapat 5 tutorial cara cara menggunakan fungsi fungsi ekstra dalam enjin carian google :
- Mencari definisi
- Kalkulator
- Alat conversion
- Waktu bandar di dunia
- Status Penerbangan
Labels:
conversion,
Definisi calculator,
Google,
status penerbangan,
Tips,
world time
Monday, February 7, 2011
Gmail Tip : Attach File dengan cara mudah dan cepat
Cara cara attach file dengan menggunakan fungsi drag n drop, Selamat mencuba!!
Sunday, February 6, 2011
Gmail Tip : Menggunakan fungsi "Filters" dan "Labels"
Fungsi Filters dan Labels amat berguna terutama memastikan kita tidak terlepas email email yang penting seperti email dari boss anda. Caranya amat mudah..
- Klik pada "Setting" di bahagian atas Gmail anda
- Klik "Filters" dan kemudian "Create New Filter"
- Masukkan kriteria filter, sebagai contoh jika anda ingin melabelkan email dari boss anda, masukkan email boss anda di ruang "From"
- Tekan pada butang Next Step
- Tanda pada "Apply the label" dan pilih "New Label"
- Masukkan nama label baru anda, sebagai contoh masukkan perkataan "Boss" dan klik OK
- Jika anda ingin melabelkan email yang telah ada di dalam inbox anda, tanda "also apply to conversation below".
- Klik butang Create Filter
- Klik pada "Inbox" anda akan dapati email dari boss anda telah dilabelkan sebagai "Boss". Selepas ini email daripada boss anda akan terus dilabelkan dengan label "Boss" secara automatik.
Saturday, February 5, 2011
Apa itu "Web Application"?
"Web Application" atau terjemahannya Aplikasi Web adalah perisian yang menggunakan platform web sebagai perantaraan. Tidak seperti perisian atau aplikasi berasaskan desktop, aplikasi web memerlukan pelayar internet (Web Browser) sebagai antaramuka penggunanya dan ia tidak perlu di install di setiap PC (hanya pelu di install di server. Ia memerlukan webserver, pemproses scripting languange dan biasanya ia juga memerlukan database server. Contoh mudah aplikasi web ialah apa sahaja yang anda buka melalui browser anda di mana anda boleh member input pada aplikasi tersebut seperti forum, blog dan lain lain.
Untuk menggunakan Aplikasi web, tidak semestinya kita memerlukan internet atau intranet ia juga boleh di "run" kan secara stand alone PC namun begitu ia tetap menggunakan protokol http sebagai medium.
Terdapat banyak aplikasi web yang Open Source di luar sana yang menggunakan pelbagai bahasa pengturcaraan. Yang paling mudah dan percuma adalah yang menggunakan Apache sebagai webserver, PHP sebagai scripting language dan MySQL sebagai database server. Dalam post yang akan datang saya akan menceritakan bagaimana untuk anda boleh menggunakan atau meng install dan membangunkan web aplikasi anda sendiri menggunakan Apache,mySQL dan PHP.
Friday, February 4, 2011
Google Calendar - Mencipta acara/temujanji dalam kalendar anda
Kehidupan seharian kita tidak lari daripada mengadakan temujanji, mengingati tarikh tarikh penting seperti hari kelahiran pasangan dan sahabat handai dan juga tarikh tarikh luput lesen cukai jalan dan sebagainya. Cara yang terbaik adalah dengan merekodkan tarikh tarikh tersebut dalam kalendar. Google Calendar adalah satu aplikasi yang sesuai bagi tujuan ini. Selain merekodkan tarikh tarikh penting ini., Google Calendar juga boleh mengingatkat kita akan tarikh tarikh ini melalui emel mahupun sistem pesanan ringkas (SMS).
Sistem notifikasi Google Calendar ini tidak hanya terhad kepada pemilik kalendar sahaja. Ia juga dapat menghantar notifikasi kepada orang yang terlibat dalam acara atau temujanji yang telah dibuat. Sebagai contoh Encik Ahmad memasukkan tarikh dan masa temujanji dengan Encik Ali, Encik Ahmad boleh mengarahkan Google Calendar ini memberi notifikasi ini kepada Encik Ali mengikut masa yang ditetapkan.
Berikut adalah skrin untuk membuat satu temujanji :
- Ruangan "Add Guest" adalah untuk menambah orang yang terlibat dalam temujanji yang dibuat
- Ruangan "Reminder" adalah untuk mengarahkan Google Calendar untuk menghantar notifikasi, sama ada melalui SMS atau Email
- Tetamu yang dijemput melalui ruangan "Add Guest" akan menerima notifikasi melalui email dan RSVP juga akan disediakan. Tetamu boleh memberi maklumbalas sama ada dia akan dapat menghadiri temujanji/acara tersebut.
Google bukan sekadar enjin carian
Perkataan google sememangnya tidak asing lagi pada para pembaca dan pelayar pelayar internet semua. Bila anda mebaca post saya ini, saya pasti anda menemuinya link nya dari Google. Tapi tahukah anda? Selain daripada agen carian yang menakjubkan, google juga menyediakan pelbagai aplikasi lain yang berguna dan mudah untuk digunakan. Yang lebih penting ia adalah percuma!!
Berikut adalah antara perisian/aplikasi yang disediakan oleh pihak google kepada anda :
Dalam post saya yang akan datang saya akan cuba menerangkan dengan lebih terperinci setiap produk di atas serta cara terbaik menggunakannya.
Berikut adalah antara perisian/aplikasi yang disediakan oleh pihak google kepada anda :
- Calendar
Mengatur jadual dan berkongsi acara dengan teman/rakan sekerja/rakan kelas dan lain lain
- Docs
Membuat dan berkongsi dokumen, persembahan, dan spreadsheet anda dalam talian
- Gmail
Aplikasi email yang laju dan mempunyai fungsi mencari yg hebat serta kurang spam
- Groups
Buat mailing list dan kumpulan perbincangan
- Panoramio
Melayar dan berkongsi gambar gambar dunia
- Picasa
Cari, edit dan berkongsi gambar
- Picnik
Edit gambar dengan mudah dan cepat serta menyeronokkan
- SketchUp
Membina model 3D dengan mudah dan cepat
- Translate
Memaparkan website mengikut bahasa yang anda suka dan faham
Dalam post saya yang akan datang saya akan cuba menerangkan dengan lebih terperinci setiap produk di atas serta cara terbaik menggunakannya.
Subscribe to:
Comments (Atom)
